Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan Yee Sang dan Kuih Bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan Tarian Naga atau Singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.
SAMBUTAN PERAYAAN
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli kelaurga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.Hari ini hari ke-7 Tahun Baru Cina. Biasanya pada hari ke-7 selepas Tahun Baru Yee Sang, rakan saya yang menyambut Tahun Baru Cina akan mengadakan satu upacara di Bilik Staff. Pada tahun ini, disebabkan kesibukan yang melampau, maka aktiviti tersebut ditangguhkan.
Melambung yee sang merupakan satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Yusheng, yee sang atau yuu sahng merupakan sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Ramuan-ramuan yang biasa digunakan termasuklah ikan salmon segar, lobak putih, lobak merah, halia, parsli Cina, potongan kacang tanah atau kacang tumbuk, biji bijan bakar, udang kering goreng, salad dan potongan atau hirisan mangga. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum dan kadang-kala dicampur jus lemon.
Walaupun ramuan Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur pelbagai salad atau sayur-sayuran yang dicurahkan sos plum dan digaul bersama-sama, namun jika dilakukan di sekolah kami, biasanya tiada potongan ikan kerana ada antara rakan-rakan yang merupakan ‘vegetarian”.
Kuih tradisi cina ni menjadi lebih istimewa sebab ada gunakan daun pisang yang boleh bangkitkan aroma. Namun, ada pantang larang juga masa nak buat kuih pulut berbentuk seperti dodol ni.
Ikut kepercayaan nenek moyang orang cina, kuih bakul akan menjadi setengah masak kalau ada orang di sekelilingnya berbual tentang perkara yang tak berfaedah.
Kalau dulu, masyarakat cina gunakan buluh untuk dijadikan bekas kuih bakul ni, sebab tu la namanya kuih bakul'. Kini, tak ramai masyarakat Cina yang sediakan kuih bakul yang dibentuk seperti 'Keranjang' atau 'Bakul' disebabkan kekangan masa dan kesukaran dapatkan bahan-bahannya. Ia lebih banyak dijual dalam bekas plastik kerana dibuat dari kilang.
Istimewanya, kuih ini tahan lama sampai berbulan-bulan jika disimpan atau disejuk beku dengan baik sebab kuih ni kenyal dan kental. Lagi sedap kalau dimakan bersama ubi atau keledek goreng.
Bagi masyarakat Peranakan pula, Dong Zhi lebih kenali sebagai Tang Check. Keduanya menandakan hari malam terpanjang di sepanjang tahun, Tang Check / Dong Zhi adalah sangat penting dalam kalendar Cina dan sesetengah orang menyambutnya dalam skala yang lebih besar dari sambutan Tahun Baru Cina.
Kuih Ee dibuat untuk menyambut kedatangan musim sejuk dan dengan memakan kuih ini, seolahnya kita akan setahun lebih tua. Dalam budaya Cina, bentuk bulat-bulat Kuih Ee melambangkan perpaduan dan kesempurnaan keluarga "’
Kuih Ee dibuat untuk menyambut kedatangan musim sejuk dan dengan memakan kuih ini, seolahnya kita akan setahun lebih tua. Dalam budaya Cina, bentuk bulat-bulat Kuih Ee melambangkan perpaduan dan kesempurnaan keluarga "’
No comments:
Post a Comment